top of page
Search
Writer's pictureSiti N

Parut Keloid Timbul? Boleh Hilangkan ke?

Updated: Sep 7, 2023




Parut keloid berlaku disebabkan genetik. Jika anda mempunyai keloid, ini bermakna kulit anda cenderung untuk menghasilkan lebih banyak sel parut selepas berlaku keradangan atau luka.




Maksudnya, kulit anda tidak berhenti dari menghasilkan sel parut walaupun kulit anda telah rata dan luka sudah bersambung. Hasilnya parut anda akan ternaik dan terbentuk parut keloid.


Dalam banyak-banyak jenis parut, parut yang paling sukar untuk dirawat adalah jenis parut keloid.

Di mana keloid paling senang terjadi?


Keloid kebiasaannya terjadi di rahang, dada, belakang badan, bahu, cuping telinga. Tetapi boleh juga terjadi di tempat lain.


Keloid ini tidak boleh di buang sepenuhnya walaupun melalui pembedahan, tetapi keloid tersebut boleh di kecilkan.


Pengalaman saya dalam merawat pesakit dengan masalah keloid, kebanyakan dari mereka akan mempunyai masalah kurang keyakinan diri. Keloid ini sememangnya banyak memberi impak pada keyakinan diri seseorang terutamanya jika terjadi di kawasan yang terdedah dan dapat dilihat oleh umum.


TIPS UNTUK PESAKIT YANG BERISIKO MENDAPAT PARUT KELOID


👉 Keloid senang terbentuk pada parut jerawat, jadi jangan biar kan masalah jerawat menjadi lebih teruk baru berjumpa doktor. Hal ini kerana proses merawat parut keloid lebih sukar berbanding proses rawatan jerawat itu sendiri. Jadi, segera berjumpa doktor dan dapatkan nasihat untuk masalah jerawat anda sebelum keloid terbentuk!





👉 Gunakan produk rawatan parut yang mempunyai silikon untuk membantu MENGURANGKAN risiko keloid. Boleh guna jenis gel atau sheet. Lebih tinggi silikon biasanya harga lebih mahal.






👉 Jika ada luka baru di dekat tempat yang berisiko tinggi, anda harus segera menggunakan Scar Gel Dan seeloknya menggunakan Plaster.





Jangan garu dan kerapkan mengguna pelembap di kawasan keloid. Menggaru akan membuatkan keloid bertambah besar.

👉 Untuk mengurangkan risiko keloid menjadi besar, boleh gunakan compression bandage. Kalau parut di telinga, anda boleh menggunakan compressive magnetic earring terutamanya selepas rawatan.


👉 Elakkan regangan di kawasan luka baru terutama kawasan yang banyak bergerak seperti sendi, ketiak Dan lain-lain. Hal ini boleh menjadikan keloid bertambah teruk.


Boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah untuk info lanjut berkait rawatan bagi penyakit di atas dan tips-tips lain.


Terima kasih kerana membaca😉


Harap tips di atas boleh membantu sedikit sebanyak. Kalau perlukan info untuk keloid anda, boleh consult dengan doktor anda ya. Thanks for reading. Boleh share dengan kawan anda yang ada keloid moga-moga bermanfaat. 😊


11,449 views1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


Keloid yang tumbuh bukan sebab luka?

Ada rawatan yang spesifik?

Like
bottom of page