top of page
Search

Rawatan untuk dark circle dan eyebag menggunakan eye cream.

Updated: Sep 7, 2023

Hi semua.. Dalam post saya yang lepas, saya ada membincangkan mengenai jenis dark circle dan eyebag serta punca berlakunya masalah itu.


Saya juga ada janjikan yang saya akan beri contoh krim untuk masalah mata anda dalam post kali ini.


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya ingin anda tahu terlebih dahulu yang untuk masalah dark circle dan eyebag, penggunaan eye cream hanya boleh membantu sampai satu tahap saja. Jika anda perlukan perubahan yang banyak, noticeable dan drastik, anda perlu membuat rawatan di klinik seperti laser , injection dan sebagainya. Jika anda seorang yang realistik, anda boleh cuba krim yang saya senaraikan di bawah .


Untuk masalah dark circle dan eyebag, penggunaan eye cream hanya boleh membantu sampai satu tahap saja.

So antara eye cream products yang anda boleh cuba untuk dark circle, eye wrinkle ialah retinol eye cream, atau bahan pencerah lain seperti vitamin C, arbutin, kojic acid dan sebagainya. Kesan akan lebih nampak dengan penggunaan sunscreen sekerap mungkin.


  1. Kiehls’s youth dose eye treatment - RM 169

  2. Neutrogena rapid wrinkle repair eye cream - RM 140

  3. Pixi retinol eye cream - RM 110

  4. Theingkeylist retinol eye cream - RM 70

  5. Olay eyes retinol 24 night eye cream - RM 76


Contoh eye cream untuk anda yang ada dark circle dan harga



Untuk anda yang ada masalah kantung eye bag bawah mata, pastikan anda tidak ada masalah buah pinggang atau hati yang boleh buatkan badan anda tidak dapat menyingkirkan air dengan berkesan. Sebab apa2 yang anda sapu pon tak akan hilang kalau tak atasi masalah ni terlebih dahulu.


Untuk anda yang ada masalah kantung eye bag bawah mata, pastikan anda tidak ada masalah buah pinggang atau hati yang boleh buatkan badan anda tidak dapat menyingkirkan air dengan berkesan.

Kalau anda memang sihat boleh cuba krim yang mengandungi caffeine atau mannitol. Caffeine attracts water. So your eye puffiness akan kurang sikit bila letak caffeine especially kalau disebabkan kantung air. Temporarily.



1. THEINGKEYLIST caffeine eye cream


Rm 70 for 15ml


2. THE ORDINARY caffeine solution 5% + EGCG


Rm 45-50 for 30ml




3. BIODERMA sensibio eye


Rm 65 - 75 for 15ml



4. SKINCEUTICALS AOX EYE GEL

- Packed with antioxidants like vitamin c , ferulic and caffeine to reduce puffiness.


RM 350 - 400 for 15ml


Setiap produk yang saya cadangkan di atas adalah atas pandangan saya sahaja.

Jadi boleh try yang sesuai dengan budget anda juga ya. Kalau ada antara anda yang memang guna product untuk mata and works for you pon boleh share bawah komen ni supaya kita boleh belajar sama-sama. Kalau ada yang dah cuba produk saya recommend kat atas boleh tag saya di TIKTOK @klinikdrbazilah atau di ig @dr_bazilah and let me know how is it. Thanks for reading.

1,208 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page