top of page
Search

MUKA ADA BIJI-BIJI KECIL?

Updated: Sep 7, 2023

Ramai juga pesakit yang datang masalah biji-biji di muka dan di sekeliling mata. Tidak lupa ada juga yang dm di intagram dan whatsapp untuk tanya tentang biji-biji ini.

Tahukah anda biji-biji ini nampak serupa tetapi mereka sebenarnya berbeza?


Jadi kalau hanya melalui gambar agak susah untuk kita beritahu apakah kos dan rawatan yang sesuai dilakukan kerana rawatan bagi setiap masalah ini ada yang sama, ada yang berbeza.

MILIA

Merupakan benjolan kecil berwarna putih kekuningan yang mengandungi keratin yang terkumpul di bawah kulit. Ia biasa terjadi pada semua peringkat umur dan di kawasan muka terutamanya di sekitar mata dan pipi. Terdapat pelbagai jenis milia dan Kebiasaannya tanpa rawatan pun ia akan hilang sendiri dalam beberapa bulan.

SYRINGOMA

Syringoma adalah biji-biji yang tumbuh selalunya di sekitar mata dan berasal daripada kelenjar peluh (eccrine). Warnanya seperti warna kulit, bersaiz kecil dan kebiasaannya tumbuh secara berkumpulan.

XANTHELASMA


Ianya adalah lapisan berwarna kekuningan yang sering terjadi di kelopak mata disebabkan oleh pengumpulan lemak di dalam sel macrofag di kulit. Selalunya ia hadir secara simetri di kedua-dua belah kelopak mata. Ia boleh menjadi semakin besar jika tidak dirawat. Tidak seperti mitos, yang anda harus mempunyai kadar lemak yang tinggi di dalam darah baru xanthelasma boleh terjadi ya. Terdapat orang yang kadar lemaknya normal, namun masih mendapat xanthelasma.

SEBACEOUS HYPERPLASIA


Ia adalah Sejenis biji-biji yang tumbuh di permukaan kulit muka dan berwarna kuning. Kadang-kadang ia akan mengikut warna kulit dan sering terdapat pada dahi dan pipi. Ia biasanya terdapat pada pesakit di pertengahan umur atau mereka yang agak berumur.

Ia adalah ketumbuhan folikel rambut yang tidak merbahaya. Ia sering disalah sangka sebagai kanser kulit iaitu basal cell carcinoma. Untuk memastikan diagnosis yang tepat, prosedur seperti biopsi kulit perlu dilakukan.


Ada salah seorang pesakit saya yang mempunyai penyakit SEBACEOUS HYPERPLASIA. Keadaan beliau agak serius sehingga terdapat kecacatan pada muka, namun begitu beliau langsung tidak merasa rendah diri akan penampilan dirinya.



"Pada beliau, jika kita sendiri tidak dapat menerima kekurangan diri sendiri, bagaimana orang lain dapat menerima diri kita.😉👌"



Boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah ATAU www.drbazilah.com  untuk info lanjut berkait rawatan bagi penyakit di atas dan tips-tips lain.


Terima kasih kerana membaca😉

896 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page