Assalamualaikum. Hari ini #tipsbydrbazilah akan menyenaraikan 7 perkara yang perlu anda beritahu pada doktor/beautician sebelum membuat prosedur seperti laser dan chemical peeling.
1. Beritahu jenis produk yang anda pakai dan berapa lama pemakaian.
Produk yang ada lightening agent properties berkemungkinan membuatkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas membuat prosedur. Contohnya : retinoids, vitamin C, AHA, BHA, azelaic acid, hydroquinone, arbutin etc. Jadi sila periksa kandungan produk skincare anda.
2. Recent sun exposure within 2 weeks.
Kalau ada recent intense sun exposure sehingga kulit anda sunburn, sebaiknya tangguh dahulu rawatan itu atau gunakan kepekatan yg rendah atau setting laser yang mild jika perlu. Sebab jika anda buat setting yang biasa, risiko parut hitam terbentuk akan menjadi lebih tinggi.
3. Ubat ubatan
Penting untuk anda beritahu ubat yang anda makan especially ubat jerawat seperti isotreninoin , atau doxycycline yang boleh membuatkan kulit anda lebih sensitif pada cahaya. Ubat lain seperti ubat untuk lawas kencing (frusemide) , diabetes (glipizide) , jantung (amiodarone) dll. Jangan lupa untuk pakai sunblock setiap hari dan reapply every 2-3 hourly religiously.
4. Bila kali terakhir anda buat chemical peeling atau laser.
Pastikan anda beritahu bila kali terakhir anda buat prosedur di atas dan apakah jenis rawatan yg anda dah buat. Kalau buat laser pula,jangan lupa untuk bagitahu jenis laser yang anda telah buat.
Kemudian jika anda pernah buat chemical peeling, paling bagus kalau anda tahu chemical jenis apa yang digunakan. Lepas tu, beritahu dengan detail jika anda mengalami komplikasi daripada dua prosedur tersebut untuk adjust balik setting/kepekatan chemical solution itu.
5. Dermal Filler.
Kalau anda ada buat filler di mana-mana bahagian muka recently better inform beforehand. Kerana prosedur seperti laser / RF akan membuatkan filler anda terdegradasi dengan lebih cepat. Akibatnya effect filler akan hilang dgn lebih cepat dan anda kene topup filler lebih awal dari masa yang dijangkakan. .
6. Masalah allergi
Certain chemical akan menyebabkan reaksi alahan. Bincang dengan doktor masalah ini jika anda pernah mengalami apa-apa alahan.
7. Penggunaan ubat jerawat.
Jika hari2 sebelumnya anda ada meletakkan ubat jerawat seperti oxy (benzoyl peroxide) / adapalene / tretinoin di sesetengah kawasan muka anda, jangan lupa maklumkan dan tunjuk doktor/beautician anda kawasan/spot tersebut. Chances untuk anda dapat burn atau parut hitam di kawasan tersebut lebih tinggi dari kawasan yg tak diletakkan ubat jerawat.
Sekian. Jangan lupa beritahu 7 perkara ni. Ia sangat membantu dalam mengelakkan komplikasi / side effects yg tak diingini sewaktu treatment. Sebarkan dan selamat beramal 😊
Boleh follow IG saya @dr_bazilah dan website drbazilah.com untuk tips-tips lain.
Terima kasih kerana membaca😉
Comments