top of page
Search

6 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG SKINTAG



1. Apa itu Skin tag?


Ianya adalah lebihan kulit yang tergantung pada permukaan kulit dan tidak berbahaya. Bermakna kalau tidak dibuang tidak memberi kesan kepada individu tersebut. Namun pada sesetengah orang, skin tag berada pada kawasan yang mengganggu pergerakan, menyebabkan berlaku geseran dan pendarahan. Hal ini menyebabkan rasa kurang selesa kepada individu terbabit.


Tetapi ada juga yang ada skin tag namun tidak menyebabkan apa-apa gangguan, hanya mereka mahukan ia dibuang bagi tujuan kosmetik.


2. Skin tag boleh terjadi pada semua jantina.


ia juga boleh terjadi apabila kita semakin berusia. Skin tag ini boleh berwarna sama dengan kulit atau lebih gelap dari warna kulit dan mempunyai saiz kecil dari 1mm-5cm. Kebiasaanya skin tag terjadi pada bahagian lipatan kulit seperti leher, ketiak, dan celah paha.


3. Ia lebih cenderung terbentuk dengan lebih banyak pada mereka yang obes atau mempunyai kencing manis.


4. Macam mana skin tag boleh terjadi?


Penyebab utama skintag ini masih belum diketahui tetapi antara faktor-faktor berikut didapati memainkan peranan dalam pembentukan skintag .


👉 irritasi kulit yang terjadi akibat geseran (antara lipatan badan)


👉 hormon (growth factor) yang tinggi - terutamanya waktu mengandung dan penyakit gigantism.


👉 jangkitan HPV


👉 insulin resistance.


5. Cara nak buang?

💢cryotherapy dgn liquid nitrogen.

💢radiotherapy

💢laser removal


Gambar pesakit setelah membuat rawatan membuang skintag.

6. AWAS! kalau anda cuba untuk membuang skin tag sendiri di rumah ya?


Kerana ianya boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan teruk, dan juga boleh mendapat jangkitan kuman.


Boleh share info ini dengan rakan-rakan atau keluarga yang ada skintag.

Boleh follow IG saya @dr_bazilah untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.

Terima kasih kerana membaca😉


Untuk Appointment boleh klik di sini.

203 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page