top of page
Search
Writer's pictureSiti N

15 TIPS BERPUASA ELAK GASTRIK



Biasa kita dengar penyakit gastrik ini akan bermula pada bulan puasa sahaja kan?


Macam mana boleh boleh terjadi penyakit gastrik?


Ia berlaku apabila lapisan selaput dalam perut terluka samada disebabkan tindakan bakteria atau asid perut itu sendiri.



Jom kita lihat apa tips yang boleh dilakukan utk mereka yang ada gastrik waktu bulan puasa ini.


✔ Makan dalam jumlah yg sedikit, tapi kerap.


✔ Jauhi merokok


✔ Kurangkan ambil makanan pedas.


✔ Jauhi caffeine dan alcohol. Mereka memusnah selaput perut juga.


✔ Minum air putih yang banyak selepas berbuka . Ia akan menyahkan toxin dengan lebih cepat dari badan.


✔Jangan makan dekat dengan waktu tidur. Makan 3/4 jam sebelum tidur.


✔ Kurangkan bersahur / berbuka dengan susu. Ia akan membuatkan gastrik bertambah teruk.


✔ Elakkan makan ubat tahan sakit kategori NSAIDS seperti ponstan, voren, diclofenac, ibuprofen etc.


✔ Kurangkan jus/buah buahan berasid seperti limau, lemon dan nenas.


✔ Banyakkan makan sayur sayuran yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik dan mempercepatkan gastrik sembuh.


✔ Lebihkan sumber makanan yang penuh serat seperti oat, quinoa, almonds, beans, chia atau flaxseed.


✔Kurangkan stress.


✔Tambahkan probiotik dalam makanan seperti yogurt etc. Tetapi elakkan kalau anda jenis tidak boleh minum produk tenusu.


✔ Makan pil gastric 30 minit sebelum sahur setiap hari. Boleh dapatkan konsultasi dari doktor anda berkenaan ubat yang sesuai.


Bila anda practise tips ini inshaAllah laluan utk anda cukupkan puasa 30 hari lebih mudah bagi lelaki.


Tips akhir sekali dan paling penting-


✔ jangan pergi mintak MC pagi-pagi kata gastrik dan sakit perut. Bulan puasa tak baik menipu.😊


Selamat beramal. Semoga bermanfaat


Boleh follow IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips lain.


Terima kasih kerana membaca😉

73 views0 comments

Comments


bottom of page