top of page
Search

10 masalah kulit yang dikaitkan dengan kehamilan. Mana satu yang pernah jadi pada anda?

Updated: Sep 7, 2023

Waktu kita mengandung adalah waktu di mana badan kita berubah mengikut perubahan hormon. Jantung akan mengepam darah 2 kali ganda untuk disalurkan kepada ibu, rahim dan janin. Tekanan darah pon akan menurun. Malahan emosi pon akan turut terganggu. Jom kita tengok apa pula perubahan kulit yang boleh berlaku sewaktu mengandung. 1. Kulit berminyak, disebabkan perubahan hormone progesterone. Pori lebih mudah tersumbat dengan sebum/minyak 2. Jerawat 3. Tiny bumps



Ia juga dipanggil sebagai comedone atau whitehead/blackhead. Comedone ini merupakan tahap awal sebelum berlakunya jerawat. 4. Melasma

Melasma atau jeragat. Jika berlaku sewaktu mengandung ianya dipanggil chloasma, atau “mask of pregnancy”.



Jeragat ini ada orang akan pudar sedikit selepas mengandung. Ada juga yang jadi makin teruk terutamanya selepas ambil pil perancang.

5. Leher , ketiak, dan kelengkang menjadi lebih gelap. Biasanya terjadi pada mereka yang berkulit lebih gelap, kerana sewaktu mengandung hormon “melanocyte stimulating hormone” akan tinggi. Hormone ini juga membuatkan kulit Nampak lebih gelap dan Kawasan yang paling jelas Nampak lebih gelap adalah di pelipat badan seperti leher, kelengkang dan ketiak. 6. Linea nigra


Garisan tengah di perut yang jadi lebih pekat sewaktu mengandung.


7. Stretch marks Musuh utama wanita! Apabila baru terjadi, stretch mark adalah berwarna purple atau merah, dan apabila sudah matang ia akan menjadi silvery white atau putih.



Tahukan anda rawatan awal sewaktu warna purple akan lebih mudah nak kurangkan stretch marks berbanding bila dah jadi warna putih? Sedih kan?


8. Skintag

Skintag kecil mula timbul kat leher, ketiak atau kelengkang. Ia boleh menjadi lebih besar walaupun pada awalnya hanya Nampak seperti bintik hitam atau warna kulit yang timbul. Rawatan laser dapat mengurangkan masalah skintag.

9. Eczema Mereka yang ada eczema atau berisiko dapat eczema (sejarah penyakit untuk diri atau keluarga yang ada resdung, lelah) mungkin akan dapat flare sewaktu mengandung.


10. PUPPP rash.

Bermaksud pruritic urticaria papules and plaques of pregnancy. Ia Nampak seperti eczema tetapi lebih teruk lagi. Selalu terjadi pada semester ketiga waktu mengandung di Kawasan perut, peha dan punggung. Kalau diperhatikan Nampak seperti jerawat yang tumbuh di atas stretch mark.

Masalah kulit lain yang boleh kita dapat sewaktu mengandung yang jarang berlaku adalah seperti - pemphigoid gestationis, generalised pustular Psoriasis, pruritic folliculitis of pregnancy. Sesetengah masalah kulit ini akan hilang selepas bersalin, malahan ada juiga yang kekal.

Contoh masalah kulit yang Kembali normal adalah seperti Kawasan gelap di pelipat badan, kulit berminyak, dan jerawat

Masalah kulit seperti melasma, skintag yang besar dan skintag yang tidak dirawat awal boleh menjadi kekal. Walaupun begitu , jeragat boleh berkurang dengan penggunaan sunscreen.

Jika anda ada masalah ni dan rasa tak selesa , boleh jumpa doktor untuk dapatkan pandangan ya. Buat para suami sekalian, ini semua adalah perubahan kulit yang perlu dialami oleh isteri anda semasa mengandung. Belum lagi cerita perubahan bentuk badan. Harap dapat menghargai isteri anda seadanya.

Boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah untuk info lanjut berkait rawatan bagi penyakit di atas dan tips-tips lain.

Nanti saya share rawatan yang selamat untuk masalah kulit ni bagi mereka yg pregnant. Stay tune!

217 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page